Skip to main content

Masjid Bilal Ben Rabah - Kutemuimu di Newport Melbourne

 
Memandu dari Sydney ke Melbourne agak jauh, 1200kim lebih kurang. Naik kereta kecik pula KIA Rio, dua pintu.  Tapi kira ok sebab speed limit paling laju 110km.  Sesuailah kereta kecik, kereta besar pun bukan boleh laju.  Sampai central Melbourne dah senja, tak tahu nak ke mana, apalagi suruh GPS cari masjid paling dekat, maka di hantarnya ke Newsport.  Kawasan bandar kecil berdekatan laut.
Jumpalah masjid Bilal Ben Rabah.  Bagunan kedai yang diubahsuai menjadi masjid.
masuk-masuk ok aja masjid ni. Ada mimbar dan mihrab sekali.
 Kat dinding banyak ditampal pelbagai informasi yang menggunakan bahasa Arab. Rupa-rupanya masjid ini ramai jemaahnya berasal dari Lubnan. Ramai Pak Arab..

 Sebenarnya dua hari juga aku gunakan kemudahan masjid ini, mandi, buang air dan solat.  Cuma masjid ini tutup dan dikunci jam 9 malam.  maka terpaksalah aku tidur dalam kereta yang diparkir diluar masjid ini.
 Tai Pak Arab ni memang bagus melayan ntetamu.  Lepat solat subuh berjemaah, aku ikut bertadarus dengan beberapa orang Arab, Pak Imam dia pantau dan betulkan jika salah tajwid.  Lepas tu aku minta Imam Check bacaan al Fatihah aku.  Akhirnya Imam masjid ini menjadi mesra dan rapat lalu mengajak aku sarapan.  Dia belanja.
Yang tengah kesat mulut tu namanya Imam Ali.  Dia belanja sarapan ala-ala Arab Lubnan.
 Best betul dapat makan free.

Masjid Bilal Al Rabah ini akan dipindahkan di bangunan baru yang hampir siap.  Imam Ali kata, bulan Ramadan 2017 ini, masjid ini akan berpindah dan akan dikenali sebagai Melbourne Islamic Centre.   Haaa.... bakal tenggelamlah nama Bilal Al Rabah.  Insya Allah aku akan datang lagi mencarimu, masjid Bilal Ben Rabah.......






Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...