Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Masjid Sunan Ampel yang kutemui ketika malam semakin larut

Masjid Muhammad Cheng Hoo kutemui ketika maghrib menjelang tiba

Central Mosque Saigon - lambang pengorbanan saudagar India Muslim

B Banyak pengalaman baru semasa kunjunganku di kota Saigon ini. Pertamanya hotel tempT penginapanku jauh dari pusat bandar. Tak ada muka melayu malah mat salleh pun tak ada. Inilah bahana nak cari hotel budget. Kena-kena duduk kat bilik 12 katil. Namun tekad mahu cari masjid saigon ini tercapai juga. Naik motosikal sewalah jawabnya. Lega dapat solat kat ni secara berjamaah. Ini imam masjid ini, pernah belajar di UIA katanya. Alhamdulillah masjid ini bersih dan terurus dengan baik.     Masjid Central Saigon ini terletak betul-betul di central saigon. Asalnya masjid ini dikenali sebagai masjid india. Peniaga india muslim yang bina. Bagus puak india ni. Kat mana dia ada pasti akan dibinanya masjid. Tengah bandar pulak tu. Pakcik ni pun ramah juga. Baguslah. Kena bersangka baik di negara orang. Bagus pakcik jual aiskrim ni .... ramah. Dia kata dia orang campa vietnam. Penduduk kampungnya kebanyakannya muslim.

KARIMUN YANG KUTEMUI

  Baru seminggu balik dari Vietnam, kaki dah gatal untuk berjalan lagi.  Secara spontan ambil beg terus ke Kukup Pontian untuk ke Tanjung Balai Pulau Karimun Indonesia menggunakan feri. Sangat mudah untuk menuju destinasi ini.  Parking kat kukup, baru RM8 sehari.  Jam 7.30am, jeti dah bukak dan feri pertama jam 8am.  Tiket RM125 pergi balik dan boleh pakai 3 bulan.   1 jam dah sampai jeti Tanjung Balai.

Lapindo - Lumpur bergerak menelan desa