Hirtshals adalah sebuah pekan kecil di utara Denmark. Tidak ada apa-apa yang menarik di sini kecuali ada pelabuhan yang menawarkan perjalanan dari Denmark ke wilayah Norway.
Selain itu kawasan berhampiran laut utara ini dihiasi dengan ladang-ladang sayuran, strawberi atau semak samun yang kehijauan
Hirtshal adalah sebuah bandar kecil yang ada pelabuhan kecil sahaja
hotel pun tak banyak di sini, kerana Hirtshal bukanlah sebuah bandar pelancungan. Tak banyak tempat menarik kat sini.
Pekan ni agak sunyi dan kurang aktiviti
Aktiviti perniagaan adalah berasaskan perikanan dan maritim
Kedai yang kecil-kecil sahaja. Aktiviti berasaskan maritim laut adalah segalanya
Pelabuhan Hirtshal pula hanya ada dua kali perjalanan, jam 10 dan 1 pm sahaja.
Hirtshals berperanan untuk menghubungkan Denmark dan Norway
Kalau tidak nak short cut ke Bergen Norway sudah tentu aku tidak menjejakkan kaki ke sini
Tapi bila tengok kembali gambar yang di ambil kira ok jugaklah..
Yang ini center bagi Hirtshal - masa ni baru muncul musim panas... apalagi melepaklah dia orang
Ada juga aktiviti kapal layar tapi tak banyak. banding dengan langkawi lagi best tempat kita.
Tempat bersejarah juga tak ada kat sini ....
Hirtshal .... hanya sekali ini aku menjengukmu...
Comments