Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Bosnia - Kau dengan gagah bangun dari kemusnahan

Nesan tinggi yang tersusun kemas adalah lambang kepada kemusnahan jiwa yang banyak dan tidak terkawal akibat peperangan.   Ini kuburan non muslim Bersemadi mereka yang samada seorang pejuang atau orang awam yang tersepit dicelah pertelingkahan   Bangunan-bangunan yang masih dikekalkan walaupun sudah hampir musnah untuk menjadi bukti kekejaman manusia yang sebangsa tetapi berlainan agama.  Mereka telah menjadi bidak catur kuasa besar di sekelilingnya.  kalau dilihat dari jumlah batu nesannya, sudah tentu orang islam yang teraniaya.         Tempat kediaman juga musnah dan ditinggalkan hingga ke hari ini.  Mungkin luka jasad sudah sembuh tetapi luka di hati masih berdarah  Apa tidaknya teman sepermainan sedari kecil tergamak menusuk benet ke perut rakannya.    Kesusahan masih menghantui negara yang berpecah belah ini.        ...

Istana Tokapi : - Menghayati kehebatan kerajaan Uthmaniah di Istana Tokapi.

 Cubaan kedua baru berjaya masuk ke Istana Tokapi ini. Hari sebelumnya berlegar-legar di kawasan taman istana yang luas, hingga tengahari,  rupa-rupanya tidak berbaloi untuk masuk ke dalam istana Tokapi separuh hari sahaja. Istana Topkapi ( Istana Topkapi (Topkapı Sarayı), salah satu lokasi paling penting dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah. 🕌  Sejarah Istana Topkapi 1. Pembinaan dan Latar Belakang Dibina: Bermula tahun 1459 Diperintahkan oleh: Sultan Mehmed II (Mehmed the Conqueror) Dibangun tidak lama selepas penaklukan Konstantinopel (1453) sebagai kediaman rasmi sultan dan pusat pentadbiran Empayar Uthmaniyyah. Lokasinya sangat strategik — di Semenanjung Sarayburnu, menghadap: Selat Bosphorus Tanduk Emas (Golden Horn) Laut Marmara Ini menjadikan istana mudah dipertahankan dan simbol kekuasaan maritim Uthmaniyyah. 2. Fungsi Utama Istana Selama lebih 400 tahun (abad ke-15 hingga ke-19), Topkapi berfungsi sebagai: ⚔️  1)...