Skip to main content

Munchen - Kutemui kegilaan wargamu di bulan oktober.

Munich di bulan oktober memang happening
 Bergerak dari Basel ke Stuttgart ketika waktu petang
lalu ambil keputusan untuk tidur di R&R di Stuttgart sahaja.
 Sampai di Munich @ Munchen awal pagi.
 Terus tuju kat pusat bandar @ Zentrum.  Ingat jalan kereta kuda.
 Bangunan lama di sini penuh dgn patung.
 Waktu awal lagi, orang masih tak ramai
 Masih sempat pasang tripod dan berfoto.
Saja nak tunjuk, lepas ni nak gi Salzburg. 

 Air pancut di tengah kota
 Orang Jerman ni bangga dengan bahasa ibundanya.  Payah nak cari
papan tanda bahasa Inggeris.

 Pintu kota @ pintu gerbang Munchen. 
Macam tempat wajib berfoto kepada sesiapa yang sampai ke Munich ini.
 Orang semakin ramai.  
 masih dibenarkan orang berjualan seperti ini.
Kat Jalan Tuanku Abdul Rahman mana ada lagi, semua berkumpul kat jalan masjid india.
 Gerai menjual cenderamata, harga satu paling murah 5 euro.
bakal tak belilah jawabnya......
 Pelancung mula membanjiri jalan ini
 Yang paling menarik ialah kebersihannya...
 Tak adapun bangunan pencakar langit ....
 Keadaan mula sesak....
 mereka suka tengok bangunan yang dipenuhi patung itu.
 mamat melayu ini masih sempat bertripod. 
Nasih baik belum pernah kena langgar dengan orang
 Gaya yang stereotaip. Trademark ....?
 Jalan ini panjang jugak, lenguh jugaklah kaki menapak.
 Entah muzium apa-apa.. cukup ambil gambar aja..
 Inipun satu spot tempat orang ambil gambar di Munchen
 Ini kedai jual cenderahati oktoberfest.
 Ada juga peninggalan sejarah di sini
 Susah nak cari tandas di tempat seperti ini.  Selalunya kena beli pelanggan kedai sahaja.
Tapi mamat melayu ni buat selamba aja ......
 Kedai minum pun antik ......
 Butik-butik banyak pamer pakaian tradisi Jerman ini.
Pakaian ini untuk OKTOBERFEST.  Tengok ejaan Jerman ini,
eja Oktober tiru orang melayu.  Dia tak tulis October!!!
 Pesta Gila ......."SAVE WATER, DRINK BEER"
 Cuaca panas yang nyaman.  Semua orang bergaya.

 Munchen, aku akan datang lagi....

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...