Skip to main content

Great Wall - kau umpama ular sawa yang melingkar di pergunungan

 Masa kat bawah tengok great wall macam ok aja
 Tapi bila tengok dia melingkar macam ular sawa di puncak gunung rasa ketar lutut pula
 Panjat jugalah perlahan-lahan selagi terdaya, maklumlah usia 5 series.
 Ini baru suku pendakian.
 nampak sayup-sayup Great wall melingkar
 Macam manalah dia orang bina dulu.
 Ini baru separuh.  Lutut dan mula gigil.  Tembok ni pakai bongkah batu yang besar-besar.
jadi dia macam tangga yang besar.
 makin sayup nampak great wall yang lain
 nampak... punyalah tinggi dan curam.  Macam mana orang Cina ni angkut bongkah batu tu.
Kita nak naik atas pun semput.
 Itulah matlamat pendakian.  baru jadi seorang lelaki yang sebenar.
 Ikut kudrat macam tak berdaya.  Lagipun angin sejuk mula bertiup kencang.
 Rehatlah mana yang patut sambil menikmati keindahan alam.
 Sempat berfoto dengan pemungut sampah di Great Wall ini.
 Waduuuhhhhhh..... masih tinggi lagi...

Wowwww.... sikit lagi sampai...
 Ini motivasinya..... nak dapat plak kejayaan.... buka free kena bayar 40 yuan lagi.
Yang geram, masa turun kat bawah melambak plak seperti yang aku dapat di check point ini.
Yessssss....aku berjaya....
Meraikan kejayaan kecil dalam hidup ........
 Bodoh jugak aku terpengaruh dengan cabaran Mao Tse Tung .... tapi 
nak sampai check point ini memang sukar dan perlukan ketahanan dan stamina.
Check point yang mampu di daki.  Stop kat sini.
Jom turun ke bawah
 Masa turun, tengok pemandangan yang cantik.  ular sawa yang melingkar panjang.
Namun tak nampak ekornya... Itu yang haru!
 Nun sayup-sayup.....tempat untuk dituju

 Yang tak tahan masa turun ini ialah keadaan bongkah batu yang besar.
Jadi terpaksa melangkah dengan besar juga.  Akibatnya berlaku hentakan dan geseran kecil di lutut.
Lutut pulak dah pakai setengah abad... Faham-faham ajalah..
 Tak ada berehat sambil berfoto.  man...man... lah kata orang Cina
 Patutlah Great Wall ini menjadi objek yang dapat dilihat di angkasa lepas
 Mdelihat pemandangan yang curam melalui pintu tembok
 Wuuuhhhh.....macam mana aku boleh sampai kat tembok atas tu.
macam tak percaya pulak...
 Tu tujuan.... turun ke bawah...
 Lutut oh lutut
kenapa engkau longgar
bagaimana aku tak longgar
Great Wall tinggi benar...

Sudah sampai ke bawah.... lihatlah ular melingkar itu.
Cukuplah sekali aku mendakimu........
Kau hampir mencederakan lututku...
Patutlah kau digelar kubur terpanjang di dunia...

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Sejarah Kubah Emas di Masjid Al Aqsa

  Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu  atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa:   Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...