Selalu saya ingatkan pada rakan-rakan yang suka berjalan dan mengembara supaya jangan suka melayan sesiapa yang tidak dikenali tetapi kelihatan sangat mesra dan suka bercakap. Hati-hati kebiasaannya ada udang di sebalik batu terutama di kawasan yang menjadi tumpuan pelancung dan orang ramai seperti stesen bas dan stesen keretapi atau tempat pelancungan. Kalau di air port atau di hotel biasanya tiada masalah.
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan me
Comments