Kalau kita merayau-rayau di Paris terutama di Eiffel Tower atau di Tembok Gerbang De Gaulle, kita akan jumpa remaja perempuan yang cantik, yang raut muka mereka macam orang Romania. Mereka ini sebenarnya kaum Gipsi yang bertebaran di Eropah Timur dan berhijrah di kebanyakan bandar besar Eropah. Kalau di Paris ini mereka akan berkejaran meminta pelancung tanda tangan pada sehelai kertas petisyen. Bila kita tandatangan sahaja, habislah kita kena buli oleh sekumpulan gispsi, mereka mintak duit dengan jumlah yang tidak munasabah. Semasa bertengkar-tengkar itu, mereka akan menyeluk saku dan agak malang jika pasport kita turut hilang. Seorang rakan yang pernah "terkena" beberapa tahun dulu, sangat obsess dengan wanita gipsi ini. Baru-baru ini bila remaja gipsi mendekat, rakan saya menjerit dengan kuat, "Shut UP!" Garang juga pengembara Melayu ini. Katanya takkan pisang berbuah dua kali.
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan me
Comments