Mengembara di Eropah memang tak perlu membawa cash yang banyak, selalunya saya sendiri hanya membawa Euro 700 sahaja. Itupun tak habis, paling banyak pun euro500. Ini untuk perjalanan selama 12 hari. Selainnya saya menggunakan kad kredit. Cash selalunya digunakan untuk memberi cenderahati di kedai bersaiz kecil atau membeli buah-buahan di tepi jalan atau menikmati kopi pekat di R&R. Pengalaman di Switzerland, Norway, Croatia dan Bosnia yang ramai peniaga kecil ini yang tidak mahu menggunakan duit euro memang menyukarkan. Memerlukan masa untuk memahami nilai wang mereka. Mungkin masa inilah ada cubaan untuk menipu.
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan me
Comments