Awas jika anda berjumpa si genius yang sedang bermain dengan pelbagai tipu helah dalam permainan jalanan seperti meneka gelas mana yang tersembunyi guli di bawahnya. Awas... mereka bukan seorang tetapi mereka sebenarnya berkumpulan. Saya temui mereka di Eiffel Tower... di kawasan tangga menuju ke jeti untuk menaikki feri di Sungai Seine.... Memang ramai sungguh orang yang terpegun dan mula bertaruh... hingga polis menyerbu dan menghalau mereka..
Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus. Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan me
Comments