Skip to main content

Tips Pengembara Muslim - `Semasa Dalam Perjalanan'

1. Cari Sahabat
Semasa dalam perjalanan yang jauh, pengembara hendaklah mencari sahabat.

2. Teman yang Soleh
Carilah dan pilihlah teman perjalanan yang soleh.

3. Saling Mengingati
Carilah sahabat yang dapat membantu dalam urusan agama, agar ia dapat mengingatkan apabila kita lalai dan lupa.

4. Bergerak dalam Kumpulan
Jika mengembara dalam kumpulan tiga orang atau lebih, sunat melantik seorang menjadi ketua.

5. Lantik Ketua
 Angkatlah seorang menjadi pemimpin.

6. Pilih Ketua yang diterima ramai
Pilihlah yang terbaik akhlaknya, yang selalu mengutamakan kepentingan sahabatnya dari dirinya dan mengutamakan persepakatan. Ini sesuai dengan hadis Nabi; 

“Jika kamu bermusafir bertiga, maka angkatlah seseorang di antara kamu itu sebagai pemimpin.” (Riwayat Thabrani)

7. Bergerak dalam kumpulan
Hendaklah selalu berhati-hati, jika mengembara dalam kumpulan, supaya tidak tertinggal.

8. Beringat semasa tidur
Hati-hati semasa tidur, elok jika tidur berganti-ganti atau pesan kepada rakan lain untuk mengejutkan jika mahu menyambung perjalanan.

9. Jangan tercicir alatan mengemas diri
Hendaklah membawa bersama alat-alat mengemas diri, pada masa yang sama tidak terlalu menyusahkan dirinya dalam perihal taharah (bersuci), baik berwuduk dan sebagainya.

10. Amalkan komunikasi bersopan
Semasa dalam perjalanan, usahakanlah selalu mengucapkan perkataan-perkataan manis dan baik, suka beri makan pada orang lain.

11. Amalkan budi pekerti mulia
Tampilkanlah budi pekerti yang luhur lagi mulia kerana sepanjang musafir, seseorang akan menemui perkara-perkara yang menyakitkan hati dan menimbulkan kekeluhan.

12. Ikhlaskan segala perbuatan
Barangsiapa yang masih luhur budi pekertinya semasa musafir, itu adalah tanda kebaikan budi pekertinya.

13. Perlu menjaga amanah
Berbuat baik kepada sesiapa yang kita pinjam barangannya atau kita sewa kenderaannya.

14. Menolong rakan yang kesusahan
Hendaklah menolong orang yang tergendala perjalanannya.

11. Berilah bantuan kepada yang memerlukan
 
Beri sedekah kepada orang yang habis bekalan atau musafir yang kehabisan wang sekadar yang mampu.

13. Wujudkan suasana ceria
Hendaklah selalu bergurau senda dengan kawan-kawan, tetapi jauhilah perkara maksiat dan perkataan kotor. Semua ini dapat meringankan kesukaran dan mengurangkan keluhan hati.

14. Usahakan untuk ziarah orang alim
Apabila berada di negeri, bertemulah dengan ilmuan, ulama, hukamak dan mempunyai peribadi yang baik. Niatkanlah untuk mendapat faedah dan manfaat daripada mereka. Usahakan untuk singgah di masjid atau pusat pengajian agama.

15. Jangan melebihi had bermalam di rumah orang
Jika mahu menziarahi sahabat, elakkanlah melebihi 3 hari menetap di rumahnya, kerana memang itulah hadnya seseorang perlu dilayan sebagai tetamu. Kecuali orang yang diziarahi sangat berat untuk ditinggalkan, atau sangat rindu kerana lama tidak berjumpa.

16. Katakan tidak kepada aktiviti yang membazir
Janganlah melakukan perkara yang tiada manfaat, kerana ini akan melenyapkan keberkatan perjalanannya.



Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...