Skip to main content

Tips Pengembara - Konsep asas kembara jalanan (Backpakers)

1.   Budget Kecil   
Pengembara jalanan atau backpakers adalah satu cara yang paling murah untuk meneroka dunia. Dengan kos tiket kapal terbang yang lebih murah, jaringan komunikasi yang tidak terbatas dan dunia tanpa sempadan memudahkan sesorang untuk menjadi pengembara. Pengembara jalanan adalah pengembaraan dengan bajet yang kecil, tidak mengikut agensi pelancongan dan biasanya hanya membawa beg sandang belakang. Mereka biasanya mengembara dengan kapal terbang kos rendah, menggunakan pengangkutan awam dan tinggal di dalam hostel, bukan di hotel-hotel ternama. Mereka juga menggunakan lapangan terbang, stesen keretapi, stesen bas, masjid atau kereta sewa sebagai tempat berehat dan melelapkan mata.

2.  Mengurus Sendiri
Pengembara jalanan mengurus sendiri perjalanan mereka. Ini berbeza dengan mereka yang melancong di mana mereka biasanya diuruskan oleh agensi pelancongan. Pelancong adalah aktiviti yang terurus dan lebih kepada merehatkan dan memanjakan diri. Kedua-duanya memberikan pengalaman yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Ia adalah pilihan mengikut kemampuan seseorang dan bagaimana dia mahu mengenali sesuatu tempat. Tidak ada salahnya untuk menjadi peengembara jalananr ataupun menjadi pelancong.

3.  Yakin Diri 
Pengembara jalanan tidak memerlukan kemahiran yang tertentu, cukup jika tahu bagaimana mahu menempah tiket dan check in kapal terbang dan tahu mencari tempat untuk tidur, serta tahu untuk menggunakan internet dan alat komunikasi. Yang paling penting adalah keyakinan diri dan kemahuan yang kuat untuk membiasakan diri dengan kehidupan seorang pengembara jalanan. Sebagai permulaan elok jika mengembara secara berkumpulan. Setelah mahir, barulah mengembara secara solo.

4. Tujuan menjadi pengembara jalanana.  Untuk menerokai tempat baru.

b.  Untuk bertemu dan belajar mengenai cara hidup masyarakat tempatan.
c.  Untuk bertemu pengembara lain dan berkongsi pengalaman.
d.  Untuk menerokai keindahan alam.
e.  Untuk melihat ketamadunan dunia.
f.   Untuk belajar sejarah dan kebudayaan.
g.  Untuk self-development.
h.  Untuk ketenangan fikiran.
i.   Untuk belajar sesuatu yang baharu.
j.   Untuk keluar dari tempurung.
k.  Untuk melihat dunia dari mata burung.
l.   Untuk pengalaman hidup
m. Untuk mengenali diri sendiri.


5. Bila Mahu Bermula

Pengembara jalanan tidak ada had umur walaupun kebanyakan yang melakukan aktiviti ini adalah mereka yang berusia sekitar 18 hingga 35 tahun. Bagi kebanyakan orang Eropah, terutamanya dari Jerman, mereka biasanya melakukan kembara jalanan ini setelah tamat sekolah menengah. Namun bagi kebanyakan warga negara Asia, mereka mula melakukan kembara jalanan setelah mereka tamat pembelajaran kolej atau universiti atau setelah mendapat pekerjaan tetap. Peluang untuk mengembara ini berbeza-beza. Yang penting,ada keinginan yang kuat untuk berbuat demikian walaupun peluang itu datang ketika umur menjangkau usia emas.

Pepatah Cina ada mengatakan, 

"Langkah pertama itu yang paling sukar dalam kembara seribu batu."

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...