Skip to main content

Tips Pengembara - Tips membeli tiket kapal terbang

1. Tetapkan tarikh pergi dan balik yang fleksible
Tetapkan tarikh pergi dan balik dengan pilihan untuk bertolak awal atau lewat sehari dua dari jadual asal. Dengan ini anda lebih fleksible untuk memilih tiket yang lebih murah. Contohnya anda hendak pergi hari Sabtu tetapi tiket hari Ahad adalah jauh lebih murah- maka eloklah pergi hari Ahad.

2. Beli tiket pergi balik
Harga tiket pergi balik adalah jauh lebih murah dari harga tiket sehala. Sebagai contoh harga tiket pergi sehala dari KL-Milan adalah RM2,750 tetapi harga pergi balik adalah RM3,000 – cuma perlu tambah RM250 sahaja.

3. Beli tiket penerbangan yang sama 
Lebih jimat pergi dan balik dengan penerbangan yang sama seperti pergi dan balik melalui Milan berbanding pergi melalui Milan contohnya dan balik melalui Paris.

4. Layari web ketika lewat malam
Sentiasa layari website untuk mencari tiket pada hari Rabu ataupun Khamis dan pada lewat malam atau awal pagi ketika orang lain sedang tidur. Biasanya ketika orang lain sedang tidur, harga tiket adalah jauh lebih murah. Sebagai contoh, pada waktu harga tiket KL ke Frankfurt berharga RM3,600 tetapi mungkin pada jam 3 pagi, harga tiket telah turun menjadi RM2,900.  Anda boleh berjimat RM700.

5. 
Sentiasa kosongkan cache dan cookies 
Sentiasa kosongkan cache dan cookies (clear cache and cookies) komputer anda selepas membuat carian supaya laman web penerbangan ini tidak dapat mengingati carian anda. Sekiranya cache tidak dikosongkan maka anda akan dapat lihat tiket akan menjadi semakin mahal dari sehari ke sehari.

6. Beli tiket secara online
Tiket boleh dibeli menggunakan credit/debit card secara online. Sekiranya tidak tahu atau ragu-ragu tiket boleh di beli melalui telefon ataupun di kaunter syarikat penerbangan ataupun melalui ejen.

7. Had harga tiket
 
Jika anda ingin ke Eropah dan menjumpai tiket yang berharga di antara RM2,600-RM2,800 maka boleh terus membeli kerana itu adalah harga yang paling murah. Digalakkan untuk buat sedikit kajian tentang had harga tiket ini pada destinisi yang pelbagai.

Setelah berjaya mendapatkan tiket kapalterbang pergi dan balik, barulah 
boleh mula membuat perancangan rapi.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...