Skip to main content

Andalusia - Catatan sejarah Kerajaan Islam Granada

Kerajaan Islam Granada (1232 – 1492)
Dinasti Bani Ahmar

Selepas keruntuhan kerajaan Islam yang berpusat di Cordova,  wujud wilayah-wilayah Islam yang lebih kecil dan bersifat setempat.  Salah satu kerajaan yang masih dapat bertahan dan bangun kembali ialah di Granada.  Kerajaan Islam Granada ini berada di bawah kekuasaan  dinasti Bani Ahmar.  Dinasti ini bertahan selama lebihkurang 260 tahun iaitu dari 1232-1492. Peradaban Islam kembali mengalami kemajuan seperti di zaman Abdurrahman an-Nasir. Akan tetapi, secara politik, dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil iaitu Granada sahaja. Pada zaman inilah Universiti Granada dan Istana Al Hamba yang indah itu dibina. Ketika ini muncul ribuan ilmuan Islam dalam pelbagai bidang. Muncul tokoh-tokoh seperti  Ibnu Rusyd, Az-Zahrawi, Abu Abbas Al-Fernass, Ibnu Massarah, Ibnu Hazm, Ibnu Tufail, Ibnu Rushdy dan Ibnu Arabi.
Keruntuhan Kerajaan Granada
Namun keagungan kerajaan Islam Granada ini tiba juga ke penghujungnya. Kubu pertahanan terakhir Islam di Sepanyol ini berakhir karena perselisihan orang-orang istana dalam merebut takhta kekuasaan. Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya karena melantik  anaknya yang lain sebagai penggantinya menjadi raja. Abu Abdullah  memberontak dan berusaha merampas kuasa daripada ayahanda sendiri. Dalam pemberontakan itu, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah semakin tidak puas hati lalu meminta bantuan kepada King Ferdinand dan Queen Isabella untuk menjatuhkan adiknya sebagai khalifah. King Ferdinand berjaya mengalahkan khalifah Muhammad dan menyokong perlantikan Abu Abdullah yang tamak itu sebagai menjadi khalifah.
Larangan Allah supaya umat Islam tidak menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagi teman rapat tidak dipatuhi oleh Khalifah Abu Abdullah. Raja Ferdinand dan Isabella yang mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan itu memang merancang untuk merebut kekuasaan terakhir umat Islam di Granada Sepanyol itu.  Khalifah Abu Muhammad Abdullah IX yang belot itu tidak mempunyai kekuatan untuk menahan serangan-serangan orang Kristian tersebut dan pada akhirnya mengaku kalah.

Kesan jatuhnya Kerajaan Granada
Dengan runtuhnya kerajaan Islam Granada ini maka berakhirlah tamadun Islam di bumi Sepanyol. Tamadun yang dikenali sebagai tamadun  Andalusia di bumi Eropah ini berkhir sepenuhnya pada tahun 1492 M. Umat Islam telah menerima akibatnya.  Mereka menuju kepada kehancuran dan kebinasaan. Kerajaan Kristian yang mengambil alih pemerintahan Islam telah memaksa umat Islam membuat dua pilihan samada masuk Kristian (murtad) atau tinggalkan bumi Sepanyol jika tidak mahu murtad. Umat Islam pun terusir dengan pedihnya dari bumi  Sepanyol. Hanya yang mahu meninggalkan Islam (murtad) sahaja yang boleh terus tinggal.

Bekas khalifah, Abu Muhammad dan rakyatnya yang tetap beriman kepada Allah dipaksa naik ke kapal dan berlayar menuju Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar. Kalau dulu Tariq menyeberanginya dengan kepala tegak penuh semangat dan optimisme, namun Abu Muhammad berlayar dengan sedih dan menundukkan kepala dengan penuh keaiban. Itulah padahnya manusia yang tamak kuasa hingga sanggup membunuh bapa dan saudara kandungnya. Sedih mengenangkan tarikh 2 Januari 1492 itu kerana telah tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Kebetulan hamba free, dan dah lama tak balik Batu Pahat dan me

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan Al-Hussein adalah ulama

Tips Pengembara Muslim - Wuduk pakai kasut

Semasa kembara di bumi Mesir tahun 2011, ketika itu dalam rangka lawatan kawasan penanaman gandum secara moden di Beni Suef, cuaca sangat sejuk dan hari lewat petang.  Kebanyakan peserta belum solat asar lagi. Aku pun belum buaat solat Jamak Taakhir lagi. So semua pergi ambil wuduk, bila aku  bukak kasut dan stokin untuk berwuduk, pak Arab Mesir tegur, tak perlu katanya, just lalukan air kat kasut.  Lepas tu solat lah, pak arab ni tak bukak kasut terus solat. Aku rasa tak yakin ikut cara pak Arab ni, yang aku tahu kalau pakai Khaus/ stokin kulit atas buku lali baru boleh buat macam tu. Namun dalam kembara Andalusia yang baru, november 2015 kebetulan musim gugur, dan musafir cara backpacker dan tidur dalam kereta sewa sepanjang 12 hari, maka aku telah mengambil wuduk tanpa membuka kasut.  Itupun setelah aku yakin dengan ilmu yang ku perolehi.  berikut adalah salah satu rencana yang aku baca tentang berwuduk tanpa membuka kasut. Aku lupa penulis artikel ini.  Mohon share.. Ber