Skip to main content

Paris - Romantika Eifel Tower ketika daunan maple berguguran

Memang lama merancang untuk melihat menara Eifel.  Kebetulan cuti panjang, maka ku ambil kesempatan singgah dulu di Paris selama 3 hari sebelum bertolak ke Barcelona.  Hari Sabtu 7/11/15, memang solid habiskan masa di Paris dan sebahagian besarnya di menara Eifel ini. Tahun ini aku akan travel seluruh Spain dan Portugal.  Temanya menghayati tamadun Andalusia.

CANTIK - SALAH SATU BINAAN AJAIB DI DUNIA

DAUNAN MAPLE YANG BERTABURAN DI KAKI MENARA

SAMPAH YANG MENCERIA SUASANA

KASI JENGKEL KAWAN-KAWAN

SEAWAL JAM 10AM DAN TERPACAK KAT SINI.  PENGUNJUNG BELUM RAMAI LAGI.
SEJUK SEBENARNYA - SAJA BUKAK JAKET

DARI SUDUT BELAKANG

BERSELFIE IKUT TREND KONON

DARI SUDUT DEPAN

POKOK MAPLE YANG TINGGAL RANTING

SCAM - KENA MAMAT TU LAYAN SI GIPSI

BANGUNAN YANG PALING TINGGI DI DUNIA PADA TAHUN 1888

SEBELUM ITU PIRAMID GIZA ADALAH BINAAN TERTINGGI DI DUNIA SELAMA 4 RIBU TAHUN

BIASA-BIASA AJA, IA TERKENAL KERANA BERJAYA MENGALAHKAN KETINGGIAN PIRAMID GIZA MESIR

BINAAN RANGKA BESI.  KALAU NAK NAIK LIFT BOOKING TIKET DULU PAKAI INTERNET, KALU TIDAK MAHAL...

BERATUR PANJANG WALAU NAK MENAPAK KE ATAS IKUT TANGGA

AMBIL FOTO DARI SUDUT SELATAN MEMANG MEMUKAU

MENJELANG PETANG TEMPAT INI SEMAKIN RAMAI PENGUNJUNGNYA

VIEW DARI SUDUT SG SEINE

POSING JUGALAH BUAT KENANGAN

JAM 6PM AKU MULA BERJALAN MENINGGALKAN MENARA INI

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...