Tianjin yang Tergadai oleh pelbagai Kuasa Dunia. |
EYE OF TIANJIN |
Tianjin mempunyai jumlah penduduk ketiga tertinggi di China, selepas Shanghai dan Beijing. Tianjin terletak di tenggara Beijing, wilayah Hebei di utara, selatan dan barat dan Teluk Bohai di timur. Tianjin terletak di sepanjang Sungai Hai He yang menghubungkan Sungai Kuning dengan Sungai Yangtze melalui Terusan Besar di Tianjin. Pelabuhannya terletak di Teluk Bohai di Lautan Pasifik. Tianjin pernah menjadi konsesi asing pada akhir Dinasti Qing dan awal era Kuomintang (KMT).
Pembukaan Grand Canal semasa Dinasti Sui mendorong pembangunan pusat perdagangan Tianjin. Hingga 1404, Tianjin disebut "Zhigu". Ketika itu, Maharaja Yung Lo mengubah nama kepada Tianjin, yang bererti "Pelabuhan Surgawi", untuk menunjukkan bahawa Maharaja (putra Syurga) menyeberangi sungai di situ. Maharaja memang pernah menyeberangi sungai di Tianjin saat kempen untuk merebut takhta dari anak saudaranya. Kemudian, sebuah kubu didirikan di Tianjin, yang dikenali sebagai "Tianjin Wei" ,atau Tembok Tianjin.
Pada tahun 1856, tentera China menaiki kapal The Arrow , sebuah kapal milik China yang disenaraikan di Hong Kong mengibarkan bendera British dan disyaki melakukan jenayah penyeludupan dan perdagangan candu. 12 orang ditangkap dan dipenjarakan. Ekoran itu, British dan Perancis menghantar kapal meriam di bawah komando Laksamana Sir Michael Seymour untuk menawan Kubu Taku berhampiran Tianjin Mei 1858. Perang Candu Kedua pada bulan Jun , Perjanjian Tianjin ditandatangani .Maka Tianjin dibuka kepada perdagangan asing. Perjanjian ini ditandatangani oleh Maharaja China pada 1860, dan Tianjin secara rasmi dibuka kepada dunia luar. Antara 1895-1900, United Kingdom dan Perancis bergabung dengan Jepun , Jerman dan Rusia . Konsesi turut dibuka kepada Austria-Hungary ,Itali dan Belgium yang membenarkan didirikan penjara sendiri, sekolah, berek tentera dan rumah sakit. Bangsa Eropah ini meninggalkan banyak senibina seperti gereja-gereja dan beribu-ribu vila.
Kehadiran warga asing mencetuskan insiden ganas seperti Insiden Gereja Tianjin Pada bulan Jun 1870, Gereja Wanghailou Tianjin, yang dibina oleh mubaligh Katolik Perancis dituduh menculik dan memepengaruhi anak-anak China. Kononnya biarawati menyebabkan mata anak-anak bingung. Pada 21 Jun, para hakim Tianjin County menyebabkan pertengkaran antara gereja Kristian dengan penduduk bukan-Kristian Tianjin . Pemprotes membakar gereja Wanghailou Gereja dan konsulat Perancis di sebelahnya. Perancis dan enam negara Barat menggesa kerajaan Qing membayar pampasan.
Pada bulan Jun 1900, kumpulan Boxer menguasai banyak kawasan di Tianjin. Pada 26 Jun, pasukan Eropah bertempur dengan kumpulan Boxer berhampiran Langfang. Konsesi asing juga dikepung selama beberapa minggu. Pada bulan Julai 1900, Perikatan Lapan Negara menyerang dan menduduki Tianjin. Mereka mendirikan kerajaan Sementara Tianjin, yang terdiri daripada Russia, British, Jepun, Jerman, Perancis, Amerika, Austria-Hungary, dan Itali. Sejak itu, Tianjin bertukar menjadi bandar moden.
Comments