Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Yarmuk - Kutemui wilayah rebutan sepanjang zaman

          Pemandangan yang cantik dan aman, di sebelah kiri hamba Bukit Gholan, Syria, di belakang wilayah Israel, sebelah kanan bahu hamba wilayah Palestin dan hamba berdiri di wilayah Jordan.  Nun sayup di bawah adalah Sungai Jordan yang memisahkan wilayah rebutan sepanjang zaman itu.  Dan cerun itu jugalah tempat berkuburnya 80 ribu tentera Byzantine yang tewas dalam Perang Yarmouk yang mashyur itu.  Mungkin di tempat hamba berdiri inilah tentera Islam mengibarkan panji kemenangan dengan senyum lebar penuh kesyukuran di ketuai oleh General perang Khalid Ibn Walid r.a..  Bilakah akan muncul Khalid Ibn Walid ke dua? Sempadan rebutan sepanjang zaman. Perang Yarmouk         Perang ini berlaku pada 15-20 Ogos 636M di Yarmouk, Jordan.  Perang Yarmouk juga dikenali dengan Perang Hieromyax atau   Battle of Hieromyax   oleh cendiakiawan barat. Perang Yarmouk dikenang sebagai antara perang bersejarah di du...