Skip to main content

Makam Sunan Gresik atau Kakek Bantal atau Maulana Malik Ibrahim di Kota Gresik


 Sunan Gresik adalah Wali Songo yang  pertama menyebarkan agama Islam di Jawa.  Beliau berasal dari Magribi, sebelum singgah di Gresik Beliau sempat singgah di Champa dan menikahi putri Raja Champa dan mendapat anak Raden Rahmat atau Sunan Ampel. Sebelum berdakwah, beliau memahami dahulu budaya dan cara fikir masyarakat Jawa melalui cara berniaga dan menjadi tabib sambil mempelajari bahasa dan budaya setempat. Beliau berdagang barang keperluan masyarakat dengan harga murah. Selain itu beliau juga membuka pusat rawatan untuk merawat masyarakat secara percuma. Cara lain yang dilakukan Sunan Gresik dalam berdakwah adalah dengan mengajarkan cara-cara baru bercucuk tanam kepada masyarakat. Cara Sunan Gresik tersebut berhasil menarik perhatian masyarakat marhaen yang menjadi kasta yang disisihkan dalam komuniti Hindu. Dalam berdakwah Sunan Gresik juga tidak menentang kepercayaan penduduk tempatan yang masih kuat Hindunya secara keras atau hitam putihnya sahaja namun dengan menunjukkan sisi indah dan kebaikan yang dibawa oleh agama Islam. Hingga akhirnya dia mampu berdakwah di istana raja Majapahit. Raja itu tidak memeluk Islam, namun menganugerahi sebidang tanah untuk membangun pondok pesantren dan masjid. Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419.












 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...